Dearie Boys & Girls, i'm Rai. This is my blog, the place where i express my feelings. Take a look and Enjoy ♥

Jumaat, 19 April 2013

Tips untuk hilangkan rasa sedih?


Hai hai hello hai uols :')

Tengah tengah malam ni tiba tiba rasa nak share sikit dengan korang. Share apa? Haih, takkan tak reti baca tittle post i nih ha. I nak share dengan uols tips macam mana nak hilangkan rasa sedih. Fuiyo tips hilang rasa sedih tu uols. Poyo k poyo hahaha. Hm, mana i dapat idea nak post benda nih pulak. Yah, maybe i tengah sedih, gundah gulana tatkala ini yang memungkinkan daku untuk berkongsi tips ini. Haha dah dah letu merepek *tampar pipi* 


boy, cry, fuck, gitl


Sebenarnya perasaan sedih ni normal. Tipulah kalau uols cakap yang uols tak pernah ada perasaan sedih kan kan. Maybe kita sadis sebab kita putus asa, putus cinta, putus persahabatan, putus, em putus apa lagi ya? Ha and so on lah, sometimes tuh, kena marah dengan balak uols pun uols sedih kan? Hm bila kita sedih, mula lah jiwa kita kibut, yah i means kelam kabut bagai. Apa orang zaman sekarang kata, jiwa kacau? Ha lebih kurang tu lah hati pun dup dap dup dap minda pun sentiasa terawang awang membuatkan kita hilang arah tujuan, hilang semangat and hilang apa apa je lah kan. Perasaan sedih ni jangan kita layan, kalau dilayan menjadi jadi perangai nya hehe. So, untuk menghilangkan perasaan sedih uols sebab boyfriend uols lari hehe ha jom i share sikit tips tips dia. Well, i ni happy go lucky orangnya! Haha angkat bakut lah pulak.

1) Korang wajib luahkan apa yang korang pendamkan tu. Kalau makin korang pendam, makin lah rasa sedih duka korang tu menbuka buka. Ewahh haha. So, cari seorang or berapa rapa orang yang korang percaya untuk dijadikan tempat luahan rasa. Dekat family members pun okay je.

2) Buat perkara yang kita suka untuk hilangkan rasa sedih apa semua tuh. Macam i kalau sedih, i akan bukak lagu kuat kuat melalak macam orang gilaaa. Ha baru puas! Tapi, kalau malam malam korang melalak, tak ke orang lain yang mendengar pun meremang bulu roma kan? Haha i means pandai pandai lah control your voice hehe. 

3) Ketawa ketawa dan terus ketawa. Tapi bukan bermaksud di sini menyuruh korang gelak paksa. Nanti macam orang gila pulak kan. I means ketawa yang bukan dibuat buat k. Contohnya korang tengok lah video lucu ke baca buku lawak ke atau dekatkan diri dengan member korang yang suka buat lawak. Kalau tak boleh jugak, pi jumpa zizan ke johan ke, suruh diorang buat lawak hahahaha.

4) Menagis lah sepuas puasnya sampai kering air mata tu pun takpa. Kalau itu membuatkan korang rasa lega dan lega. Menangis memberi kepuasaan yang sangat gah tau hehe. Sebab, dengan menangis apa yang kita rasa sedih tu kita dah buang melalui air mata kita tu. Then just tinggal sisa je sedih tu kan. Try lah. Bangun esok pagi, nah mata udang korang haha

5) Cara paling berkesan insyaallah, banyakkan berdoa terutamanya seorang muslim macam i nih. Cara yang paling terbaik untuk hilang rasa sedih korang tuh, pergi ambil wuduk, then buat solat sunat hajat ke taubat ke. Insyaallah berkesan. Memohon kepada Allah supaya dibersihkan hati dari perasaan sedih dan digantikan dengan sesuatu yang baik. Amin :')

p/s : Senyum pls pls pls :) Senyum itu kan sunnah.

Aku, dia dan kamu sebagai sahabat?


Assalamualaikum and salam sejahtera salam satu Malaysia readers :')

So today, jari jemari bergabung dengan otak yang sarat memikir apa yang rai nak share dengan uols sekarang ni. Hm berdasarkan tajuk dia atas, ewah macam nak buat karangan pulah dah haha, i nak share dengan korang tentang SAHABAT. Semua orang di dunia ni ada sahabat kan? Tipu lah kalau kata takda kan. Sangat mustahil bukan. Apa itu sahabat? Bagi rai, sahabat merupakan antara orang yang paling dekat di hati kita. Ewahh :')



Dalam islam sendiri Allah menggalakkan kita bersahabat, berteman, berkasih antara kita sebab itulah Allah menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit supaya kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah! Ini terbukti apabila turunnya ayat :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Ha, sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat pulak :)

  • Ikhlas bersahabat kerana Allah
  • Redha menerima kekurangan sahabat kita
  • Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
  • Sabar dan menegur sahabat dengan baik
  • Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
  • Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
  • Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
  • Berfikiran terbuka dan bersikap matang
p/s : Bersahabatlah kerana Allah. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisihan faham, kita lah yang harus bijak menagani masalah tu kan. Jangan sampai terputus silaturrahim. Sahabat, maafkanlah kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf dahalu bukan bereti kita salah atau kalah tapi menjernihkan keadaan, tidak salah kan kita tolakkan ego kita ketepi?





Putih putih melati, merah merah delima :P

beautiful, bottle, cork, cute

Assalamualaikum uolss :')

Okay, remember me? Miss me? Okay i know i know ><
Eh, sejak bila rai rajin nak update blog balik nih? Kenapa muncul balik nih? Bukan dulu kata nak delete blog nih dah ke? So, kenapa ada balik? Okay, okay banyak nya persoalan dalam minda uols nih. Ewahh haha. So actually panjang ceria dia. Pendek kan lah rai. Hm, okay okay. Nasib ada jari jemari yang tidak penat menaip nih. Sebab bosan ke rai? Yups, itu salah satu faktor lah kan. And ofc i ada banyak cerita nak story dekat uols kan. Bukan setakat story je lah kan, banyak benda nak share dengan uols. Uols? Hamboi gedik nya i. Itsokay, bukan selalu i nak gedikss okay. Menyampah? Aduh, jangan lah. Tapi takpe, kalau menyampah dengan i, you boleh main jauh jauh. Jangan main dekat laman blog i nih. Haha, eh apa nih rai. Lari dari topik lah. Okay, naik form four nih macam macam lah nak story itu ini. Lagipun i mana ada tumblr. Okay pity me k. Takkan lah nak story dekat twitter kan? Dia kasi tulis 140 characters je okay. Kedekut punya orang :p So, the conclusion is........ Ha! Why not aku hidupkan balik blog aku yang bersawang, habuk siap ada spiderman lagi bergayut ha. Hamboi haha. But, i know. My blog takda lah sehebat blog uols kan. Well, i nak edit baru lah and i baru je delete post yang lama lama tu kan. Tapi kan, time i delete tuh, post i yang lama lama seriously lawak nak mampus. Macam tu ke aku dulu? Eh, ada ke aku post macam ni? Ha, banyak pertanyaan menari nari di minda. Ewah, boleh jadi penulis novel ni haha. Ha, back to tittle post i, kenapa putih putih melati merah merah delima? Yah i know lah lagu tu sekarang jadik trends uols kan haha. Cuba tengok blog i ni, kalau nak kutuk, kutuk dalam hati je tau. Ha, putih bersih kan? Hm, takde idea lagi nak design blog ni. So, tonight maybe i kena stay up all night buat benda ni. Haiyo padan muka hehe. Okaylah, mak aih baru sedar panjang nya i bebel. Mesti uols tak larat nak baca kan. Menyampah pun ada hehe. I stop here lah. 
Thanks for reading uols :')

Jumaat, 20 April 2012

30 perkara yang lelaki wajib tahu :')


Assalamualaikum & Hi readers.
 How are you today ? Fine ? K, good :)
Hm, apa yang Rai nak share dengan korang semua hari nih ialah 
" 30 benda wajib yang lelaki perlu tahu tentang wanita "
Interest of it ? K, bagi couples couples kat luar sana especially for boys lah nih ya,
kalau korang tak tahu sangat wanita nih macam mana, do read this k ;)
Benda nih bukan nya Rai saja saja suka nak kongsikan, Rai just terjumpa satu entry nih kat satu blog nih, and i think entry nih macam best kalau nak dikongsikan :)


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

p/s : So you guys dah tahu kan ? K, that's all :)